Friday, September 16, 2011

sahabat sejati...



‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” 

“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Monday, September 12, 2011

senyum i2 sedekah~


Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.


Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri_____Senyum biarlah pada tempatnya.______Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah.Orang yang sedang menghadapi tekanan jiwa sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik.Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah.
Senyuman melahirkan kegembiraan dan kebahagiaan serta mendekati Allah, bersamanya rahmat dan nikmat yang tidak dapat dijual-beli.Apakah pandangan anda ???.____Penjelasan tambahan.Blogger zaidi ali said...Salam.Senyum itu sedekah. Sedekah dapat pahala. Maka senyum pun dapat pahala. Betui tak?



Saya pun kalau boleh nak senyum kepada semua orang. Masalahnya satu:


Penerima senyuman harus berfikiran terbuka. Penerima senyuman juga harus faham bahawa senyuman yang diterima itu adalah sedekah daripada pemberi senyuman! Jangan pula dianggap orang yang memberi senyuman itu menyindir atau sewel atau nak mengurat..hehe.

Kita kena belajar dari peminta sedekah. Bila orang tersenyum kepada kita, ucapkan "TERIMA KASIH" atau "ALHAMDULILLAH". Bila kita ucap sedemikian, pemberi senyuman dapat gandaan pahala. Kita sebagai penerima senyuman yang mendorong pemberian pahala (oleh Tuhan) kepada pemberi senyuman pun secara otomatik menerima pahala. Cuba fikirkan bersama. insya Allah.

Sebenarnya nak dapat ganjaran pahala itu mudah. Nak cari dosa itu yang susah.
wallahu aklam.

wish me luck baby ~

salamm smue,, p'buka kata di malam hari isnin y mulia..
ok,, aq bhgia sgat skarg krna punya semangat yg tinggi utk blajar & tros blajar..
mulai muhasabah dri utk mase dpan yg panjg & pnuh liku2 klopak khdupan yg prlu di lalui..
1 p'mulaan hidup aq lakar m'buka tirai & sinar chaya realiti hidup di zaman 2011...
t'lalu sukar utk b'saing b'tarung dgn plajar2 yg pandai lg pintar b'sama2 utk m'genggam s'gulung ijazah.

kesdran aq mula timbul apabila cikgu salu bg nsihat, inspirasi utk tros blajar, ok..blajar dri bawah...
blajar dri ksilapan..
pcya x sblom ni aq g skolaaa cam arnab..
blik x wat nota ap pon,, juz ckgu ajar aq fkus & tranlate kat otak..comfom bnda2 2 akan ilang ble kte x gne & tak ulang2..btol x?? ....
ok...time 2 xdew ksedarn & skap mlas aq m'belengu dri
mgkin nak stabil kan dgn p'sekitaran p'belajaran yg bru..
subjek yg x pnah aq blajar...
ok,, memg susah aq x tpu..tp x mustahil bole b'jaya lau kte b'usaha...usha tgga kjyaan..

aq nak buktikan kat papa & mama yg aq bole b'jaya
spm aq agk teruk ok juz 5A..amik 9 subjek..
fuhh.., 2 jew yg t'mampu itulah yg dpat atas usha yg tak sbrapa...mgkin stpm ni lbh baik siapa tahu..,,
ok...apa pun wish me luck...,, 


(suke + bahagia = semagat blajar b'kobar2)